News & Updates
LAWATAN HORMAT TYMBA EDUCATION GROUP KE FAKULTI PERNIAGAAN & KOMUNIKASI, UniMAP
By Faculty of Business & Communication
|
31/08/2026
Fakulti Perniagaan & Komunikasi (FPK), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menerima kunjungan hormat daripada TYMBA Education Group bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang akademik dan pembangunan profesional, khususnya berkaitan Program Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian.
TYMBA Education Group diwakili oleh Encik Airil Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, TYMBA Education Group dan Encik Firdani Adami, Ketua Pembangunan Perniagaan, TYMBA Education Group.
FPK UniMAP pula diwakili oleh Prof. Madya Ts. Dr. Mohammad Harith Amlus, Timbalan Dekan (Akademik & Penyelidikan); Dr. Shafawaty Mohamad Shabri, Pengerusi Rancangan Perakaunan; dan Puan Siti Nor Junita Mohd Radzi, Penyelaras Work-Based Learning (WBL), Program Perakaunan.
Dalam sesi tersebut, pihak FPK turut berkongsi mengenai keunikan Program Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian UniMAP yang berorientasikan TVET, digital dan industri, termasuk pelaksanaan model 2�U1i yang mengintegrasikan pembelajaran di universiti dengan pengalaman pembelajaran berasaskan industri.
Perbincangan turut meneroka ruang kerjasama yang berpotensi menyokong pembangunan kompetensi dan kesiapsiagaan profesional pelajar, perkongsian kepakaran serta pengukuhan hubungan antara universiti, industri dan ekosistem profesional.
FPK UniMAP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada TYMBA Education Group atas kunjungan dan perkongsian yang diberikan. Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang lebih erat dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, khususnya dalam usaha melahirkan graduan perakaunan yang kompeten, profesional dan bersedia menghadapi keperluan industri masa hadapan.
�Bridging University, Industry and Profession.�
#fpkunimap
#fpkmantap
#UniMAPMantap
#KekalRelevanBerimpak